BERAKAS GARISON, Juma’at 03 Ogos 2018 - Dengan Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Mulia 14030 SSjn Huzaimi bin Haji Awang Besar dari Bolkiah Woksyop Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah diperkenankan untuk dinaikan pangkat ke Leftenan Tauliah Khas. Upacara tersebut telah berlangsung di Mes Pegawai Berakas Garison pada pagi ini.
Majlis penyampaian kenaikan pangkat telah disempurnakan oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Ketua Staf TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-pegawai TDDB dan ahli keluarga anggota yang telah dinaikan pangkat.
Dengan majlis kenaikan pangkat tersebut, Yang Mulia 14030 SSjn Huzaimi bin Haji Awang Besar telah dikenali sebagai Yang Mulia 1235 Leftenan Huzaimi bin Haji Awang Besar. Beliau akan ditempatkan sebagai Pegawai Penguasa Optronik, Bolkiah Woksyop, KBK TDDB.