Juma’at, 20 Julai 2018 – Majlis Kenaikan Pangkat bagi PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah bagi anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah diadakan secara serentak di Berakas Garison, Perkhemahan Tutong dan Perkhemahan Lumut.
Seramai 29 anggota dari Batalion Pertama (1Bn) TDDB yang terdiri daripada 06 PTB Kanan dan 23 PTB Rendah telah dinaikkan pangkat. Bagi Batalion Kedua (2Bn) TDDB, majlis penyampaian pangkat telahpun disampaikan kepada 05 anggota PTB-PTB Kanan dan 23 PTB-PTB Rendah, manakala seramai 22 anggota dari Batalion Ketiga (3Bn) TDDB telah dinaikkan pangkat dengan bilangan 06 anggota bagi PTB Kanan dan 16 anggota bagi PTB-PTB Rendah. Kesemua majlis berlangsung di Dewan Makan bagi PTB-PTB Rendah dan di Mes PW, SSjn & Sjn bagi PTB-PTB Kanan mengikut batalion masing-masing.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi menyempurnakan penyampaian kenaikan pangkat tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldin bin Hj Hassan, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB, Yang Mulia Leftenen Kolonel Pengiran Muhammad Shamsul Reza bin Pengiran Dato Paduka Hj Tengah, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB dan Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Pemerintah 3Bn TDDB. Turut hadir ialah Timbalan Pegawai Pemerintah, Pegawai-Pegawai Memerintah Kompeni, Pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan dan Rendah batalion masing-masing.

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI 2BN TDDB

MAJLIS KENAIKKAN PANGKAT BAGI 3BN TDDB