PENANJONG GARISON, Rabu 11 Julai 2018 – Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi PTB-PTB Rendah bertempat di Rumah Masak Bn Bantu TDDB. Seramai 12 anggota telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Koperal manakala 01 anggota ke pangkat Lans Koperal Tetap.
Majlis kenaikan pangkat tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Pemerintah Batalion Bantu TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah Batalion Bantu TDDB.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang di kepalai oleh Yang Mulia 19218 Lkpl Ali Husin bin Zakaria dan diteruskan dengan penyampaian pangkat serta ucapan Pegawai Pemerintah Batalion Bantu TDDB. Majlis diakhiri dengan menikmati jamuan ringan bersama Pegawai Pemerintah dan Pegawai-Pegawai Batalion Bantu TDDB.

