TUTONG KEM, Juma’at, 06 Julai 2018 – Kunjungan Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB bersama rombongan ke kediaman anggota-anggota 2Bn TDDB bersempena Hari Raya Aidilfitri 1439H telahpun diadakan. Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Yang Mulia Lt Kol Pg Shamsul Reza, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB dan disertai oleh Pegawai-Pegawai Memerintah Kompeni, Pemangku Ejutan, Sarjan Mejar Rejimen dan Pemangku Sarjan Mejar Kawad.
Disebelah petangnya pula, kunjungan diteruskan lagi dengan kunjungan hari raya ke setiap kompeni-kompeni 2Bn TDDB. Kemeriahan suasana hari raya kali ini amat dirasai apabila setiap kompeni mempunyai konsepnya yang tersendiri di antara nya ialah Konsep Melayu Kampong, Melayu Moden dan Arab.
Adapun tujuan kunjungan tersebut adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturahim di antara pemimpin bersama anggota-anggota bawahan. Rombongan juga berkesempatan untuk beramah mesra bersama ahli keluarga anggota-anggota yang dikunjungi.
