BERAKAS GARISON, Selasa 03 Julai 2018 – Markas Tentera Darat Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1439H bertempat di Markas Tentera Darat Diraja Brunei.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis semasa sambutan tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Haji Damit bin Haji Bakar, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut ialah Ketua Staf, Pegawai–Pegawai Kanan, PTB–PTB Kanan dan Rendah, dan seluruh warga Markas TDDB.
Dengan adanya majlis sambutan Hari Raya tersebut ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara semua peringkat Pegawai, PTB Kanan, PTB Rendah, Kakitangan Awam dan juga seluruh warga Markas TDDB.

