PUSAT AL-ISLAH, Selasa 12 Jun 2018 – Seramai 39 anggota daripada Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) yang diketuai oleh Yang Mulia Mejar Muhd Shahrimmy bin Karim, telah mengadakan lawatan ke Pusat Al-Islah, Tutong.
Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai organisasi Pusat Al-Islah serta menonton klip pendek yang disampaikan oleh Pegawai Pusat Al-Islah. Seterusnya rombongan dibawa melawat ke tempat-tempat pameran yang telah diaturkan.
Adapun tujuan lawatan ini dibuat adalah sebagai salah satu inisiatif dalam memberikan pendedahan kepada anggota-anggota 2Bn TDDB mengenai fungsi dan peranan Pusat Al-Islah dalam proses membenteras penyalahgunaan dadah di Negara Brunei Darussalam. Disepanjang lawatan tersebut banyak pengajaran dan pengetahuan yang telah diambil dan ianya secara langsung sedikit sebanyak dapat membuka minda serta memberi kesedaran kepada anggota-anggota mengenai bahayanya penyalahgunaan dadah dikalangan masyarakat khususnya bagi pihak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai serta penyampaian cenderahati kepada Pegawai Pusat Al-Islah sebagai tanda penghargaan.

