PERKHEMAHAN LUMUT, Juma’at 08 Jun 2018 – Majlis Berbuka Puasa,Sembahyang Terawih, Witir dan Tedarus bersama Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua selaku Tetamu Kehormat majlis telah diadakan bertempat di Surau Ar-Rahman, Perkhemahan Lumut.
Turut hadir ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Ketua Staf TDDB dan Pegawai-pegawai Kanan TDDB.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunat Terawih dan Witir berjemaah dan diakhiri dengan bertedarus membaca Al-quran bersama Tetamu Kehormat.
Majlis dimulakan dengan menikmati juadah diikuti dengan Sembahyang Maghrib dan Isyak kemudian Sembahyang Sunat Terawih dan Witir berjemaah dan diakhiri dengan bertedarus membaca Al-quran bersama Tetamu Kehormat serta gambar beramai.
Dengan adanya majlis seperti ini ianya dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan setentunya dapat memberikan peluang kepada para Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB yang baharu berkhidmat di Perkhematan Lumut untuk saling mengenali Tetamu Kehormat yang mana beliau juga pernah berjasa dan berkhidmat di TDDB sebelum ini.

