PENANJONG GARISON, Isnin 14 Mei 2018
– Seramai 03 orang wakil daripada Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) telah membuat jerayawara mengenai taklimat kewangan ke Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB). bertempat di Rumah Masak Bn Bantu TDDB.

Jerayawara tersebut dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan  yang disampaikan oleh Timbalan Pegawai Pemerintah Bn Bantu iaitu Yang Mulia Mej Mohd Shalleh bin Hj Ismail. Seterusnya taklimat kewangan telah disampaikan oleh Yang Mulia Muizzah binti Md Zakaria, Pengurus Perhubungan Korprat AMBD. Taklimat tersebut juga termasuk mengenai mengenali matawang yang disampaikan oleh Yang Mulia Hj Md Zulasmawi bin Hj Md Drus, Penolong Pegawai Pengurusan Matawang AMBD.

Taklimat tersebut sedikit sebanyak telah memberi pengetahuan am tentang kewangan dan pengurusannya yang mana pihak AMBD telah menerangkan mengenai perbandingan wang tulen dan wang palsu, ciri-ciri keselamatan mengenali matawang Negara Brunei Darussalam dan tatacara pengurusan kewangan. Taklimat diakhiri mengenai dengan isu Pengunaan Wang yang disampaikan oleh Yang Mulia Ak Zulkarnain bin Pg Juata, Penolong Pegawai Isu Penguna Kewangan AMBD.