BERAKAS GARISON, Khamis 10 Mei 2018 – TDDB telah mengadakan Majlis Penyampaian Pangkat bagi anggota TDDB bertempat di Mes PW, SSjn dan Sjn, Berakas Garison.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai TDDB dan PTB-PTB Kanan TDDB.
Seramai 26 anggota telah dinaikan pangkat iaitu 04 anggota dinaikan ke pangkat PW1 Tetap, 01 anggota ke pangkat pemangku PW1, 09 anggota ke pangkat PW2 Tetap dan 12 anggota dinaikan ke pangkat Pemangku PW2.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia SSjn Norhasrin bin Asli dan diteruskan dengan penyampaian pangkat. Acara tersebut diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama anggota-anggota yang baru dinaikan pangkat.