KAMPUNG SUBOK, Rabu, 02 Mei 2018– Anggota Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan kempen membersihkan Tanah Perkuburan Kampung Subok. Kempen tersebut dimulakan dengan membersihkan kawasan-kawasan tanah perkuburan dan diikuti dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil.
Aktiviti tahunan tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi pembangunan kerohanian anggota TDDB dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan anggota TDDB serta memupuk keinginan untuk berbakti dan menyumbang kepada masyarakat. Ianya juga merupakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti keugamaan dan kebajikan yang dikendalikan oleh TDDB sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-57 tahun yang jatuh pada 31 Mei 2018 akan datang.