BERAKAS GARISON, Jumaat 27 April 2018 –Sesi hari belajar pemasangan PLPS kepada warga Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah diadakan. Adapun tujuan aktiviti hari belajar ini diadakan adalah untuk pengenalan dan menerangkan lagi tatacara membuka dan memasang PLPS mengikut prosedur yang betul yang mana telah diajarkan oleh 13609 SSjn Hilmi daripada Tentera Udara Diraja Brunei(TUDB) yang telah dijalankan di Padang Bola MRS Berakas Garison dan dihadiri oleh warga 1Bn TDDB.
Aktiviti ini adalah amat penting dan ianya adalah salah satu inisiatif 1Bn TDDB bagi setiap anggota supaya dapat meningkatkan kesedaran warga Batalion mengenai kepentingan Keselamatan Kebersihan Kerja (KKK) semasa menjalankan kerja harian, aktiviti ataupun latihan ketenteraan diluar. Matlamat hari belajar ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada anggota Batallion pertama dalam penggunaan PLPS.
Pembelajaran PLPS ini telah dilaksanakn dalam dua sesi. Sesi pertama adalah pengenalan serta kepentingan penggunaan PLPS. Sesi kedua adalah praktikal yang mana anggota Batalion berpeluang melihat tatacara pemasangan PLPS serta berkesampatan memasang PLPS.

