BERAKAS GARISON, Jumaat 27 April 2018 – Batalion PertamaTentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan majlis pengagihan buah kurma kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzadin Wadaulah Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam bagi Peringkat 1Bn TDDB bagi tahun 1439H/2018 bertempat Bilik Theatre, Markas 1Bn TDDB.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan pengagihan kurma ialah Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB, Leftenan Kolonel Aldi Bin Haji Hassan.
Terdahulu majlis dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya penyampaian buah kurma kepada Timbalan Pegawai Pemerintah, Pegawai-Pegawai memerintah kompeni, Ejutan, Sarjan Mejar Rejimen, Sarjan Mejar Kawad dan wakil-wakil ketua jabatan1Bn TDDB.