PERKHEMAHAN TUTONG, Jumaat 27 April 2018 – Perlawanan Akhir Polo air peringkat Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah dilaksanakan di Kolam Renang Batalion Kedua, Perkhemahan Tutong. Sebanyak enam pasukan yang terdiri dari Kejuruteraan Darat, Depoh Lojistik, Skuadron Semboyan, Kenderaan Pasukan, Khidmat Perubatan & Kesihatan dan Khidmat Pergigian telah mengikuti perlawanan tersebut.
Pada tahun ini, Pasukan Kejuruteraan Darat telah menjadi Johan selepas menewaskan pasukan Depoh Lojistik dengan kutipan mata 3-2 dalam perlawanan akhir polo air. Bagi Kejohanan Renang, pasukan renang Kejuruteraan Darat juga meraih kejohanan yang telah dipertandingkan pada 24 April 2018 dengan mendapat tempat pertama dalam 7 acara perlawanan renang. Manakala Pasukan renang Depoh Lojistik menyandang tempat kedua dan pasukan renang Khidmat Pergigian ditempat ketiga.
Acara terakhir menyaksikan acara renang 4 x 50 meter gabungan khas bagi Pegawai-pegawai dan Pegawai Tidak Bertauliah. Bagi acara khas ini pasukan Kejuruteraan Darat sekali lagi muncul sebagai johan, diikuti dengan pasukan Khidmat Pergigian di tempat kedua dan pasukan Skuadron Semboyan ditempat ketiga.
Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Yang Mulia Kolonel (Dr) Awang Mohd Hafizul bin Haji Mohd Hassan, Pemangku Komandan Khidmat Bantuan Kombat, selaku Tetamu Kehormat.



