BERAKAS GARISON, Jumaat 27 April 2018 – Majlis penyerahan buah kurma peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam sempena menjelangnya bulan Ramadan Al-Mubarak bagi tahun 1439 Hijrah telah diadakan di Surau Al’Faizun Berakas Garison.

Mewakili unit-unit TDDB bagi penerima kurma kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia terdiri daripada Pemangku Timbalan Komandan Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) dan Pegawai-pegawai Pemerintah Unit. Penyerahan telah disempurnakan oleh Yang Mulia Kolonel Haji Damit bin Haji Bakar, Timbalan Pemerintah TDDB.

Majlis diteruskan lagi dengan Majlis Penyerahan buah kurma peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam terdiri daripada anggota-anggota Khidmat Bantuan Kombat TDDB yang telah disempurnakan oleh Yang Mulia Kolonel Dr Awg Mohd Hafizul bin Awg HassanPemangku Timbalan Komandan KBK TDDB. 

Penyerahan kurma kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia dilaksanakan setiap tahun menjelangnya bulan Ramadhan. Warga TDDB sangat bersyukur dan mengucapkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia di atas pengurniaan tersebut.