BERAKAS GARISON, Jumaat 20 April 2018 - Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brune (TDDB) telah menerima Lawatan Kerja  daripada Tuan Yang Terutama Vladlen Semivolos, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Russia. Lawatan kerja tersebut telah diadakan di Markas TDDB, Berakas Garison.

Semasa lawatan kerja ini, kedua belah pihak berpuas hati di atas hubungan dua hala yang telah terbina di antara Tentera Darat Diraja Brunei dan Angkatan Tentera Persekutuan Rusia. Yang Mulia Pemerintah TDDB juga turut membincangkan beberapa peluang untuk memperkembangkan lagi hubungan pertahanan dan kerjasama di antara kedua buah negara.

Tuan Yang Terutama Semivolos juga mengucapkan tahniah kepada Yang Mulia Pemerintah TDDB di atas kenaikan pangkat dan jawatan baru sekaligus membincangkan mengenai peluang-peluang kerjasama.