BERAKAS GARISON, Jumaat 13 April 2018 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah meraikan Majlis Kenaikkan Pangkat bagi PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah yang telah berlangsung di dua tempat yang berasingan iaitu bagi PTB-PTB Kanan di Mes PW, SSjn & Sjn Berakas Garison dan bagi PTB-PTB Rendah di Rumah Masak 1Bn TDDB.

Majlis ini adalah sebagai satu penghargaan di atas sumbangan dan komitmen yang dicurahkan oleh anggota-anggota yang dinaikan pangkat kepada TDDB khasnya dan ABDB umumnya. Seramai 05 orang anggota  PTB-PTB Kanan dan 49 orang anggota PTB-PTB Rendah telah dinaikan pangkat pada acara tersebut.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB dan turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan, PTB-PTB Rendah dan ahli-ahli keluarga anggota yang diraikan.

Majlis penyampaian pangkat PTB-PTB rendah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan penyampaian pangkat, bagi memberkati lagi majlis doa khusus dibacakan oleh Yang Mulia Kpl Izzat bin Hamdan, Jamaat ABDB. Majlis Penyampaian Pangkat bagi PTB-PTB Rendah diteruskan dengan sesi bergambar ramai dan diselajurkan dengan Penyampaian Sumbangan Dana TDDB kepada PTB-PTB Rendah dan seterusnya menandatangani lembaran kenangan.

Tetamu kehormat bersama isteri kemudiannya beredar ke Mes PW, SSjn & Sjn,  Berakas Garison bagi majlis Penyampaian Pangkat kepada PTB-PTB Kanan 1Bn TDDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan penyampaian pangkat kepada PTB-PTB Kanan dan bacaan doa khusus juga dibacakan oleh Yang Mulia SSjn Norhasrin bin Asli, Jamaat ABDB bagi memberkati lagi majlis. Majlis diteruskan lagi dengan bergambar ramai dan juga diselajurkan dengan Penyampaian Sumbangan Dana Kebajikan TDDB kepada PTB Kanan dan menikmati jamuan. Majlis diakhiri dengan menandatangani lembaran kenangan.