BERAKAS GARISON, Rabu, 04 April 2018 - Majlis penyampaian sumbangan derma kepada SSjn Norsunnah binti Mat Taha, anggota Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah di Kampong Wasan pada 31 Mac 2018 yang lalu telah diadakan pagi ini.
Sejumlah wang tunai sebanyak $500 dari Dana Tabung Kebajikan TDDB telah disampaikan dan disempurnakan oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB.
Sebagai keperihatinan dan pemedulian Markas TDDB kepada anggota yang menghadapi musibah, sumbangan derma ini juga diharap dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang dihadapi mangsa kebakaran.