BERAKAS GARISON, Jumaat, 30 Mac 2018
– Satu Majlis Doa Kesyukuran bersempena Hari Ulang Tahun Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei ke 38 Tahun telah diadakan di Surau Al-Faizun, Berakas Garison.
Hadir selaku jemputan-jemputan khas adalah terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kejuruteraan Darat yang telah bersara dan yang masih berkhidmat. Antara yang hadir adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel (B) Pengiran Sazali bin Pengiran Haji Yakob, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri. Juga hadir ke majlis tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Inderasugara Brigadier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mohammad Yusof bin Abu Bakar dan Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Dato Paduka Haji Azmansham bin Pengiran Haji Mohammad.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin oleh Imam Surau Al-Faizun,Yang Mulia  Muhamad Asdey Hazabullah bin Haji Muhamad Zain dan diteruskan dengan membaca Tahlil dan Doa Kesyukuran. Sebelum bersurai majlis diselajurkan dengan Solat Fardhu Asar berjemaah.