BOLKIAH GARISON, Selasa 27 Mac 2018 – Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei ke-38 yang akan jatuh pada 1 April, Kempen Derma Darah anjuran bersama Kementerian Kesihatan telah dilaksanakan sebagai salah satu aktiviti kemasyarakatan tahunan yang julung kali diadakan.
Kempen tersebut dikendalikan bersama oleh kakitangan Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS) dan anggota-anggota tentera Kejuruteraan Darat.
Kempen derma darah ini bertujuan untuk memberikan sokongan dan keprihatinan kepada masyarakat dengan menyumbangkan dan menambahkan simpanan tabung darah negara disamping menanamkan sifat beramal jariah. Ianya juga bertujuan untuk memupuk sifat bertanggungjawab dan mendidik kepentingan menderma darah untuk menyelamatkan nyawa.
