PANGKALAN TENTERA UDARA, Selasa 27 Mac 2018 – Delegasi daripada Tentera Darat Pakistan yang diketuai oleh Yang Mulia Tuan Yang Terutama Jeneral Qamar Javed Bajwa, Chief of Army Staff, Pakistan Army berlepas pulang ke Republik Pakistan selepas membuat lawatan di Negara Brunei Darussalam bertempat di Air Movement Centre (AMC) Pangkalan Rimba.
Hadir Selaku Tetamu Kehormat di Pusat Pergerakan Udara (AMC), Pangkalan TUDB ialah Yang Mulia Kolonel Haji Damit bin Haji Bakar, Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Turut hadir ialah Yang Mulia Kol Dr Awg Mohd Hafizul bin Awg Hassan, Pmk Komandan Khidmat Bantuan Kombat TDDB dan Pegawai-Pegawai dari anggota TDDB.
Kunjungan ini adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai dengan hubungan dan kerjasama pertahanan dua hala dan pada masa yang sama mengucapkan penghargaan terima kasih di sepanjang lawatan Yang Mulia Tuan Yang Terutama Jeneral Qamar Javed Bajwa berserta isteri kerana berkesudian hadir melawat ke Negara Brunei Darussalam bagi mengeratkan lagi hubungan khususnya di dalam bidang ketenteraan.

