BOLKIAH GARISON, Khamis 22 Mac 2018 – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh telah meneruskan sesi lawatan kerja ke Depoh Logistik Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei bersama rombongan daripada Markas TDDB.

Aturcara lawatan bermula dengan Yang Mulia Pemerintah TDDB diperkenalkan dengan pegawai-pegawai Depoh Logistik. Sesi lawatan kerja Yang Mulia Pemerintah TDDB dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Yang Mulia Lt Kol Amilin bin Haji Mohamad Gani@ Haji Junit selaku Pegawai Pemerintah Depoh Logistik dan diteruskan dengan penyampaian peranan serta tugas dan tanggujawab Depoh Logistik serta Markas Kumpulan Peluru oleh Yang Mulia Mej Hasnan bin Manan, Pemangku Timbalan Pegawai Pemerintah Depoh Logistik bertempat di bilik Mesyuarat Depoh Logistik.

Yang Mulia Pemerintah TDDB menekankan mengenai dengan kepentingan keselamatan dan sekuriti didalam aspek ketika berkerja termasuk infrastruktur gudang-gudang penyimpanan kelengkapan dibawah unit tersebut serta pengurusan peruntukan yang lebih berkesan dan teratur.

Lawatan kerja Yang Mulia Pemerintah TDDB ke Depoh Logistik adalah satu penghormatan bagi unit ini sebagai menzahirkan keprihatinan Yang Mulia Pemerintah TDDB kepada kebajikan anggota secara keseluruhannya.