BERAKAS GARISON, Selasa 20 Mac 2018 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (Bersara) Tariq Rashid Khan, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini.Semasa kunjungan hormat, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (Bersara) Tariq Rashid Khan mengucapkan tahniah kepada Pemerintah TDDB di atas kenaikan pangkat dan perlantikan jawatan baru. Kedua belah pihak mengakui hubungan akrab pertahanan yang sudah lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Pakistan melalui lawatan, kursus dan latihan. Kedua belah pihak menyuarakan rasa puas hati atas hubungan yang baik dan mesra di antara kedua buah negara itu dan juga berbincang mengenai peluang-peluang kerjasama yang boleh dipertingkatkan lagi khususnya dalam bidang pertahanan.

