BIRO KAWALAN NARKOTIK, RABU 19 Mac 2018 – Seramai 38 anggota daripada Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) yang di ketua oleh Yang Mulia Leftenan Ladyana binti Mohd Morshidi telah mengadakan lawatan ke Biro Kawalan Narkotik (BKN) di jalan Tungku, Gadong.Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada anggota-anggota Bn Bantu TDDB akan fungsi dan peranan Biro Kawalan Narkotik dalam proses membenteras dadah di Negara Brunei Darussalam.
Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Pegawai Biro Kawalan Narkotik iaitu Yang Mulia Eve Surianah binti Sulaiman sebelum rombongan dibawa melawat ke tempat-tempat pameran yang telah diaturkan oleh Jabatan Pendidikan Pencegahan Dadah.
Melalui lawatan tersebut, banyak pengajaran dan pengetahuan telah diterima oleh anggota-anggota Bn Bantu TDDB daripada pihak BKN yang sekaligus akan memberikan kesedaran terhadap betapa bahayanya dadah dikalangan masyarakat khususnya bagi pihak ABDB.


