PERKHEMAHAN LUMUT, Selasa 13 Mac 2018- Perlawanan Bravo III Challenge bagi Kompeni B Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (Komp B 3Bn TDDB) telah selesai dilaksanakan pada hari Selasa 13 Mac 2018 yang telah diadakan di Kawasan Dewan Gerak Badan Batalion Ketiga. Sebanyak 07 Seksyen telah mengikuti perlawanan tersebut.
Perlawanan tersebut mempunyai 6 peringkat yang dimulakan dengan larian dari Bangunan Kompeni B menuju ke Dewan Gerak Badan dimana anggota seksyen dikehendaki untuk terjun dari tingkat 1 dan berenang sejauh 50m. Diperingkat kedua pula adalah Chemical Attack Run yang mana peserta perlu memakai Gas Mask dan berlari sejauh 2.4Km.
Setelah selesai larian 2.4Km, peringkat seterusnya adalah Mighty Lift. Peserta perlu menggolek tayar sejauh 50m dan selepas itu membawa Jerry Can dan membuat larian sejauh 400m di Trek Padang Mini Stadium Batalion Ketiga. Peserta kemudian nya perlu membuat Chin up sebanyak 30 kali dan membawa 02 x Sandbag Bersama mereka dan belari menuju ke Unit Semboyan 3Bn untuk Ujian Semboyan yang dikendalikan oleh unit itu sendiri.
Perlawanan Sekysen ini adalah bertujuan untuk melihat kawalan dan perintah dan yang paling penting adalah kerjasama Bersama di dalam seksyen tersebut. Semangat dan Keyakinan diri juga dinilai di sepanjang perlawanan ini di jalankan.


