PERKHEMAHAN TUTONG, Isnin 12 Mac 2018 – Seramai 40 Pegawai-pegawai berpangkat Leftenan-Kapten telah menghadiri Majlis Pembukaan bagi Hari Belajar Latihan Taktikal Tanpa Trup (Tactical Exercise Without Troops, TEWT) peringkat Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) Siri 5/2017 yang diadakan di Mess Pegawai Batalion Kedua TDDB Perkhemahan Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Kolonel (Dr) Awg Mohammad Hafizul bin Hj Mohammad Hassan, Pemangku Komandan Khidmat Bantuan Kombat TDDB.

Dalam ucapan beliau, adalah diharapkaan agar Pegawai – pegawai akan dapat membuat dan memahami proses belajar ini sebagai landasan bagi Intermediate Officers Tactics Course (IOTC) dan Junior Officers Tactics Course (JOTC) yang akan diadakan pada tahun ini. Sesi belajar Latihan TEWT ini dijangka akan mengambil masa selama 4 hari mulai 12 Mac 2018 hingga 15 Mac 2018.