BERAKAS GARISON, Rabu 14 Februari 2018 – Kompeni Delta 1BN TDDB telah menghadiri Kursus Asas Menunggang Kuda yang telah diadakan selama 10 hari bermula dari 05 Februari 2018, bertempat di Saddle Club, Perkhemahan Berakas. Seramai 21 anggota Platun 10, Kompeni D 1Bn TDB orang telah mengikuti kursus tersebut.
Pada permulaan kursus, para peserta telah diberi taklimat mengenai kursus tersebut, misi dan visi tertubuhnya Saddle Club di ABDB. Para peserta kursus juga telah diperkenalkan dengan kuda-kuda yang terdapat di RBAF Saddle Club. Ahli – ahli kursus juga telah didedahkan dengan tatacara membersihkan kuda, memasang kelengkapan untuk menunggang kuda dan cara-cara menunggangnya.
Majlis penutup bagi kursus menunggang kuda ini telah diadakan pada 14 Februari 2018. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi kursus tersebut ialah Yang Mulia Mejar Pg Baharuddin, Pegawai Memerintah Kompeni Delta 1Bn TDDB. Turut hadir bagi acara tersebut ialah Jurulatih-jurulatih dari Saddle Club ABDB, Ketua Platun dan Kompeni Sarjan Mejar Kompeni Delta 1Bn TDDB.
Di majlis penutupan kursus tersebut, Tetamu Kehormat dalam ucapannya turut menekankan mengenai Saddle Club tersebut yang mana, club menunggang kuda ini adalah diantara club kuda yang termurah di Brunei Darussalam yang mana generasi ini patut menghargainya. Wakil dari peserta kursus, Sld Hj Abu Syahmi juga turut memberi ucapan, diantara nya menekan tentang menunggang kuda adalah salah satu Sunnah Rasullulah SAW dan baginda juga pernah bersabda “Ajarkanlah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”, riwayat Shahih Bukhari.
Dipenghujung majlis tersebut, penyampaian sijil telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat majlis kepada 21 orang peserta kursus.
Adapun tujuan kursus ini dibuat bagi melahirkan lagi seorang tentera yang berkualiti dan mampu meningkatkan kemampuan diri dan tahap pengetahuan yang tinggi terhadap aktiviti luar disampaing mengaplikasikan displin yang tinggi secara menyeluruh.
