BERAKAS GARISON, Jumaat 02 Mac 2018 – Pusat Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Khidmat Bantuan Kombat (KBK), Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menganjurkan kejohanan bola sepak yang pertama di antara khidmat-khidmat KBK. Perlawanan akhir di antara Skuadron Semboyan dan Khidmat Bomba telah diadakan di padang Mini Stadium, Berakas Garison. Perlawanan akhir dijuarai oleh Khidmat Bomba dengan keputusan satu gol tanpa balas.Hadir bagi meyampaikan hadiah-hadiah ialah Yang Mulia Lt Kol Tamin bin Tuah, Timbalan Komandan, KBK, TDDB.
Kejohanan bolasepak itu bertujuan untuk mengenalpasti pemain-pemain yang berpotensi untuk diserapkan dalam Pasukan KBK yang akan bertanding di peringkat Tentera Darat. Liga tersebut juga dihasrat untuk memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan interaksi di antara khidmat-khidmat KBK. Pasukan-pasukan yang juga menyertai kejohanan tersebut ialah Pusat Khidmat Perubatan & Kesihatan, Khidmat Pergigian, Depoh Logistik, Kejuruteraan Darat dan Kenderaan Pasukan.




