BERAKAS GARISON, Rabu 21 Februari 2018 – Majlis kenaikan pangkat PTB-PTB Rendah bagi Kompeni Markas dan Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah berlangsung di Pejabat Kompeni Markas TDDB.Seramai 05 anggota menerima pangkat iaitu 04 anggota menerima pangkat ke pangkat Pemangku Koperal, 01 anggota menerima pangkat ke pangkat Lans Koperal Tetap.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut dan seterusnya menyempurnakan kenaikan pangkat ialah Yang Mulia Mejar Hj Khairul Hakimi bin Hj Abd Majid, Pemangku Pegawai Memerintah Kompeni Markas TDDB. Turut hadir ialah PTB-PTB Kanan dan Rendah Kompeni Markas TDDB.
Dengan adanya kenaikan pangkat ini, ianya dapat menambahkan lagi mutu perkerjaan dan meningkatkan prestasi serta menjadi contoh kepada anggota-anggota yang lain.
