PERKEMAHAN TUTONG, Jumaat 10 November 2017 -  Majlis Penutup Eksesais CARAT 2017 diantara Komp B Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) bersama United State Marine Corps (USMC) telah diadakan di Kolam Renang, Dewan Gerak Badan, 2Bn TDDB. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis adalah Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB, Yang Mulia Mej Pengiran Mohammad Shamsul Reza bin Pengiran Dato Paduka Hj Tengah.

Turut hadir Pegawai-Pegawai jemputan daripada Markas  TDDB, Pegawai-Pegawai Memerintah 2Bn TDDB dan PTB PTB kanan. Majlis dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah, diikuti dengan pemotongan kek, dan seterusnya menikmati jamuan. Majlis diakhiri dengan pertukaran cenderahati diantara Tetamu Kehormat Majlis dengan wakil pegawai daripada United State Marine Corps (USMC).