ROYAL BRUNEI GOLF AND COUNTRY CLUB, Ahad 21 Januari 2018 – Acara Perlawanan Golf Klasik Sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) ke-56 Tahun telah diadakan di Royal Brunei Golf Club (RBGC), Berakas.

Hadir bagi mengikuti perlawanan dan juga selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, dan Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah TDDB.

Seramai 48 orang peserta telah menyertai perlawanan tersebut yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai jemputan daripada Kementerian Pertahanan dan Markas Angkatan Bersama. Sebanyak 3 kategori telah dipertandingkan iaitu Novelty, Overall Gross dan Overall Nett.

Pemenang-pemenang yang berjaya meraih hadiah Overall Gross dan Overall Nett adalah seperti berikut:

Overall Gross:


1.PW2 Haszwan bin Awang Sayang
2. Mej Hj Md Wadiwadera bin Hj Mohd Wahid
3. PW2 Haswandy bin Paun

Overall Nett:


1. PW1 Ahmad bin Haji Abdul Kadir
2. Mej Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa
3. Lt Kol Abdul Rajid bin Haji Zainie


Acara ini merupakan aktiviti tahunan Tentera Darat Diraja Brunei dalam memeriahkan lagi sambutan HUT TDDB ke-56 tahun.