PERKHEMAHAN TUTONG, Rabu 20 Disember 2017 –Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah melaksanakan kempen derma sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei (HUT TDDB) yang ke-56 pada pagi tadi bertempat di Blok Ilmu 2Bn TDDB.

Kempen tersebut telah dikendalikan oleh pihak kakitangan Hospital Tabung Darah Hospital RIPAS dan seramai 82 orang anggota daripada 2Bn TDDB telah turut serta dalam memberikan sokongan dan melibatkan diri dalam menjayakan lagi dalam kempen tersebut.

Kempen derma darah yang dijalankan ini adalah bertujuan bagi memberikan sokongan dan keprihatinan kepada masyarakat dalam menyumbangkan dan menambahkan simpanan tabung darah negara disamping ingin menanamkan sifat beramal jariah kepada anggota-anggota tentera bahawa menderma darah adalah amalan mulia, dan dengan izin Allah dapat menyelamatkan nyawa orang yang memerlukannya.