PENANJONG GARISON – Isnin 18 Disember 2017 - Kempen Derma Darah bagi Batalion Bantu sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei (HUT TDDB) ke-56 tahun telah diadakan dengan jayanya di Rumah Masak Batalion Bantu TDDB, Penanjong Garison.

Kempen tersebut telah dikendalikan bersama dengan pihak kakitangan Tabung Darah Hospital RIPAS bermula jam 0900 pagi. Seramai 96 anggota daripada Bn Bantu TDDB dan 15 anggota daripada Institut Latihan Angktan Bersenjata Diraja Brunei turut serta dalam memberikan sokongan dan melibatkan diri dalam menjayakan lagi kempen tersebut.

Kempen Derma Darah yang dijalankan ini adalah salah satu aktiviti tahunan TDDB bertujuan bagi membantu menambah simpanan tabung darah negara iaitu bagi kegunaan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha disamping untuk memupuk sifat didalam setiap anggota Bn Bantu khususnya didalam menanamkan sifat amal jariah yang mana menderma seunit darah boleh menyelamatkan nyawa.

Dengan adanya kempen seperti ini, ianya dapat meningkatkan kesedaran tentang kebaikan menderma darah, menanamkan sifat keperihatinan terhadap penderitaan insan yang memerlukan darah dan seterusnya meningkatkan kesedaran tentang perlunya untuk sentiasa mempunyai tubuh badan yang sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat.