BERAKAS GARISON, Rabu 13 Disember 2017– Majlis Makan Malam Beradat sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) ke-56 tahun telah diadakan di Mes Pegawai Berakas Garison.

Majlis yang penuh tradisi dan adat ketenteraan ini dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan TDDB dan Pegawai – Pegawai bersama isteri untuk sama-sama meraikan Hari Ulang Tahun TDDB. Ketibaan Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah TDDB dan Datin di Mes Pegawai, disambut oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Amilin bin Hj Mohamad Gani/Haji Junit , Pegawai Pemerintah Depoh Logistik, selaku Pengerusi Majlis dan isteri.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan diteruskan dengan bacaan doa dan makan malam. Pemerintah TDDB kemudiannya dijemput untuk menyaksikan dan membawai Pancaragam ABDB dan seterusnya dijemput untuk beramah mesra bersama Pegawai-Pegawai TDDB. Majlis di akhiri dengan menandatangani lembaran kenangan.

Majlis Makan Malam Beradat ini diungkayahkan sebagai salah satu tanda penghormatan bagi mengenang jasa, khidmat bakti serta pengorbanan yang telah disumbangkan dan sekali gus mengeratkan hubungan di antara Pegawai-Pegawai TDDB.