BIRO KAWALAN NARKOTIK, Rabu 06 Disember 2017 – Seramai 40 anggota daripada Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) yang diketuai oleh Yang Mulia Leftenan Fairuz telah mengadakan lawatan ke Biro Kawalan Narkotik (BKN) di jalan Tungku, Gadong. 

Lawatan ini dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Pegawai Biro Kawalan Narkotik dan seterusnya rombongan dibawa melawat ke tempat-tempat pameran yang di atur oleh Jabatan Pendidikan Pencegah Dadah.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada anggota-anggota 2Bn TDDB akan fungsi dan peranan Biro Kawalan Narkotik dalam proses membenteras dadah di Negara Brunei Darussalam. Di akhir lawatan tersebut, banyak pengejaran dan pengetahuan yang diterima oleh anggota-anggota 2Bn TDDB dari pihak BKN sekaligus dapat menyedarkan betapa bahayanya dadah dikalangan masyarakat khususnya bagi pihak ABDB.