BERAKAS GARISON, Jumaat 01 Disember 2017 – Acara Penutup Majlis Dzikir Maulud telah diadakan di Surau Al-Fai’zun Berakas Garison sempena memperingati keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Acara ini menandakan penutup Majlis Dikir Maulud yang telah berlangsung setiap malam selama 12 malam berturut-turut di setiap Surau Perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), bermula dari 19 November 2017M bersamaan 1 Rabiulawal 1439H.
Hadir Selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Timbalan Pemerintah TDDB, Ketua Staf TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan dan Rendah TDDB.
Acara dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh Yang Mulia Leftenan Mohd Iqbal Arqam bin Haji Abd Rahman, seterusnya diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib dan Majlis diserikan dengan ceramah khas Maulidur Rasul 1439H yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Ak Hassanuddin bin Pg Haji Tajuddin. Acara diteruskan dengan sembahyang Fardhu Isyak dan dzikir Marhaban serta doa penutup.
Acara yang sama juga diadakan secara serentak diseluruh Surau-Surau di Perkhemahan ABDB.
