
BERAKAS GARRISON, Tuesday, 20 July 2021 – To commemorate the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 60th Anniversary, First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) in collaboration with the Blood Bank Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS) Hospital, Ministry of Health has organised a blood donation campaign at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison.
Present at the campaign were Officers and personnel from 1Bn RBLF, RBLF Headquarters, Combat Service Support RBLF, Dental Services RBLF, Medical and Health Services RBLF and Unit Tugas Pengawal Diraja (UTPD) RBLF.
Blood donation campaigns are held annually during RBAF Anniversaries and it aims to provide support and mindfulness to the community by donating and increasing the national blood bank reserve aside from inculcating a charitable attitude and a sense of social responsibility to military personnel.


BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HARI ULANG TAHUN JUBLI INTAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI YANG KE 60
BERAKAS GARISON, Selasa 20, Julai 2021 – Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-60, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan telah mengadakan Kempen Derma Darah bertempat di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.
Hadir di kempen tersebut ialah Pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari 1Bn TDDB, Markas TDDB, Khidmat Bantuan Kombat TDDB, Khidmat Pergigian TDDB, Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB dan Unit Tugas Pengawal Diraja (UTPD) TDDB.
Kempen derma darah diadakan setiap tahun sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB dengan tujuan untuk memberikan sokongan dan keprihatinan kepada masyarakat dengan menyumbangkan dan menambahkan simpanan tabung darah negara di samping menanamkan sifat beramal jariah dan tanggungjawab sosial kepada anggota-anggota tentera.