BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 15 July 2021 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam has consented to join alongside citizens of Brunei in celebrating the 75th birthday of His Majesty, accompanied by the Royal Family at Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

The parade began with the National Anthem “Allah Peliharakan Sultan” which included a customary 21-gun salute fired in honour of His Majesty’s birthday. The celebration then continued with the inspection of the Guard of Honour by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam mounted by personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), Royal Brunei Police Force (RBPF), the ceremonial bands from Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and RBPF as well as government departments and uniform bodies.   

A total of 1,138 personnel joined the event which comprised 133 personnel from RBLF who participated in the parade, including the Royal Regimental Colours flag bearers from First Battalion RBLF (1Bn RBLF). After the inspection, His Majesty witnessed the slow and quick march past showcased by both RBAF and RBPF personnel under the Parade Commander, Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Commanding Officer of Second Battalion RBLF (2Bn RBLF).

Immediately after three times of ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’ called out by the parade. His Majesty once again received the Royal Salute, which was followed by the National Anthem and a fly-past by a fleet of RBAirF aircrafts.

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SERTAI

ISTIADAT BARISAN KEHORMATAN BAGI SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KE-75 TAHUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 15 Julai 2021 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyertai rakyat dan penduduk di negara ini sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang ke-75 tahun, bersama Ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Acara dimulakan dengan Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ yang disertakan dengan tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan di perkarangan Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien sebagai penghormatan bagi Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Acara diikuti dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia memeriksa perbarisan yang terdiri daripada anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan gabungan pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta jabatan-jabatan kerajaan dan pertubuhan awam berseragam.

Seramai 1,138 anggota telah menyertai acara tersebut termasuk 133 anggota dari TDDB serta Kawalan Panji-panji dari Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB). Selesai memeriksa perbarisan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyaksikan barisan lalu dalam masa perlahan dan cepat yang dipamerkan oleh anggota-anggota ABDB dan PPDB di bawah pimpinan Pemerintah Perbarisan, Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Pegawai Pemerintah Batalion Kedua TDDB.

Sejurus laungan tiga kali ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’ oleh kesemua pasukan yang mengambil bahagian, di akhir Istiadat Barisan Kehormatan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia sekali lagi menerima hormat diraja dan disusuli dengan terbang lalu pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Brunei.