
MUKIM BUKIT SAWAT, Thursday, 20 May 2021 - In an effort to enlighten the religious activities in Belait District mosques, personnel from B Company of Third Battalion Royal Brunei Land Force (B Coy 3Bn RBLF) performed mass Maghrib and Isya’ prayers together with the Imam, Bilal and the local residents at Kampong Sungai Mau Mosque.
The event continued with the recitation of Surah Yassin and Tahlil followed by light refreshments at the Kampong Sungai Mau Mosque lounge area where 3Bn RBLF personnel had the opportunity to interact closely with the villagers of Kampong Sungai Mau. The event concluded with a group photo.
This religious programme serves to be 3Bn RBLF’s efforts to continuously enlighten the mosques and interactions with rural villagers within Belait District and to further strengthen the relationship between the local community and RBLF personnel.

BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS AKTIVITI MENYEMARAK MASJID DI KAMPONG SUNGAI MAU
MUKIM BUKIT SAWAT, Khamis, 20 Mei 2021 – Dalam usaha untuk menyemarakkan lagi acara-acara keagamaan di masjid-masjid di Daerah Belait, anggota-anggota dari Kompeni B Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah sama-sama menunaikan Solat Fardhu Maghrib dan Isya berjemaah bersama-sama dengan Imam dan Bilal serta penduduk kampong bertempat Masjid Kampong Sungai Mau.
Acara diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil dan diikuti dengan menikmati jamuan ringan di ruang legar Masjid Kampong Sungai Mau di mana anggota 3Bn TDDB berpeluang untuk meluangkan masa bersama penduduk Kampong Sungai Mau. Acara diakhiri dengan bergambar ramai.
Acara keagamaan ini merupakan usaha berterusan yang dilakukan oleh 3Bn TDDB agar terus dapat menyemarakkan masjid-masjid dan berinteraksi dengan penduduk kampong di Daerah Belait danmengeratkan hubungan silaturahim di antara warga penduduk Kampong dan anggota TDDB.