TUTONG CAMP, Wednesday, 28 April 2021 – Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) organised an Iftar event with 38 converted RBLF personnel at the Ar-Rizqi Cookhouse, Tutong Camp. 

Present as the guest of honour was Brigadier General Haji Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF. Also present were Senior Officers, Officers and personnel from RBLF.

The event commenced with the recitation of Surah Yassin, Tahlil and Doa Arwah at Surau Pengiran Ratna Indera led by Corporal Md Hafiy bin Ariffin from Religious Department, Royal Brunei Armed Forces (JAMA’AT). The event continued with Iftar and mass Fardhu Maghrib prayers. The event then preceded to the Ar-Rizqi Cookhouse for dinner and the signing of parchment. The event was followed by mass Isya’ prayers, Terawih and Witir prayers and Tadarus Al-Quran.

This yearly event remains part of the religious activities held by RBLF to further strengthen the bonds with its converted personnel.

 

BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SAUDARA-SAUDARA BARU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN TUTONG, Rabu, 28 April 2021 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama 38 orang Saudara-saudara baru dari kalangan warga anggota yang berkhidmat di dalam TDDB di Rumah Masak Dewan Ar-Rizqi, Perkhemahan Tutong. 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Brigadier Jeneral Haji Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah di Surau Pengiran Ratna Indera diketuai oleh Koperal Md Hafiy bin Ariffin daripada Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT). Majlis diteruskan dengan berbuka puasa dan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah. Majlis kemudiannya bergerak ke Rumah Masak Dewan Ar-Rizqi bagi jamuan makan malam dan menandatangani Lembaran Kenangan. Majlis diteruskan lagi dengan Solat Fardhu Isya’, Solat Sunat Tarawih serta Witir berjemaah dan Tadarus Al-Quran. 

Majlis ini diadakan setiap tahun sebagai sebahagian daripada aktiviti-aktiviti keagamaan yang dikendalikan oleh TDDB yang mana bertujuan untuk mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah dengan Saudara-saudara baru TDDB.