BATU SATU, Tuesday, 27 April 2021 – In conjunction with the holy month of Ramadhan, 22 personnel from Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) made a visit to the Institute Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) at Batu Satu. The visit was led by Major Pengiran Muhd Khairuddin bin Pengiran Haji Mohd Tali, Officer Commanding of Headquarters Company Sp Bn RBLF.

The arrival of the delegation was welcomed by Ustaz Haji Mohd Sujairi bin Dollah, Vice-Principal of Secondary ITQSHHB. The visit commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by a brief presentation on the early history, accomplishments, process of recruitment and academic categories offered in the institute. The visit continued with a tour to the prayer room, classroom and library.  The delegation was then brought to observe instructional practices for visually impaired students using Braille Learning. The visit concluded with a presentation of mementoes as a token of appreciation.

The visit serves to educate Sp Bn RBLF personnel to have a deeper understanding and love for the Al-Quran as well as to enliven the holy month of Ramadan with religious activities.

BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN LAWATAN KE INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

BATU SATU, Selasa, 27 April 2021 – Bersempena bulan suci Ramadan, seramai 22 anggota dari Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) telah mengadakan lawatan ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) yang bertempat di Batu Satu. Rombongan diketuai oleh Mejar Pengiran Muhd Khairuddin bin Pengiran Haji Mohd Tali, Pegawai Memerintah Kompeni Markas Bn Bantu TDDB.

Ketibaan rombongan disambut oleh Ustaz Haji Mohd Sujairi bin Dollah, Timbalan Pengetua Pengajian Menengah ITQSHHB. Lawatan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan pembentangan ringkas mengenai sejarah awal Institut Tahfiz Al-Quran, pencapaian-pencapaian, tatacara kemasukan dan kategori-kategori pembelajaran yang dipraktikkan di institut tersebut. Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke Mushola, kelas-kelas pembelajaran dan bilik perpustakaan. Rombongan kemudian berpeluang untuk menyaksikan tatacara pembelajaran bagi penuntut-penuntut yang mempunyai permasalahan penglihatan iaitu Sistem Pembelajaran Braille. Lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenangan sebagai tanda penghargaan.

Lawatan tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang ilmu-ilmu Al-Quran, menyuburkan rasa kecintaan kepada Al-Quran dan sekaligus menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang berkah ini dengan aktiviti-aktiviti keugamaan.