
BERAKAS GARRISON, Friday, 23 April 2021 – The Medical and Health Services along with Dental Services, Royal Brunei Land Force (RBLF) held an Iftar event and handing over of donations to orphans and children with special needs at the Officers’ Mess, Berakas Garrison. A total of 13 orphans and children with special needs of the units were invited to the event.
Present at the event was Colonel (Doctor) Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awg Mohd Hassan, Chief Medical Officer and Colonel (Doctor) Jefri bin Hj Abd Razak, Chief Dental Officer. Also present were Medical Officers and Dental Officers along with senior non-commissioned officers from both services.
The event commenced with a recitation of Tahlil and Doa Arwah followed by the presentation of the donations. The ceremony then proceeded with Iftar and ended with a mass Maghrib prayer.
This event was held as part of community service activities aimed to raise a sense of concernment and care towards orphans and children with special needs of the RBLF. In addition, this event is also intended to strengthen relationships among RBLF personnel and the family of orphans and children with special needs. Through such activities, RBLF remains committed and compassionate in looking after the welfare of orphans and children with special needs.



KHIDMAT PERUBATAN DAN KESIHATAN DAN KHIDMAT PERGIGIAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS BERSUNGKAI BERSAMA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK ISTIMEWA
BERAKAS GARISON, Jumaat, 23 April 2021 – Khidmat Perubatan dan Kesihatan dan juga Khidmat Pergigian, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan majlis bersungkai bersama Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Istimewa dari kedua-dua unit bertempat di Mes Pegawai, Berakas Garison. Seramai 13 orang anak-anak yatim dan anak-anak istimewa telah dijemput menghadiri majlis tersebut.
Hadir semasa acara tersebut ialah Kolonel (Doktor) Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awg Mohd Hassan, Ketua Pegawai Perubatan dan Kolonel (Doktor) Jefri bin Hj Abd Razak, Ketua Pegawai Pergigian. Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai Perubatan dan Pergigian berserta PTB-PTB kanan dari kedua-kedua perkhidmatan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah dan diikuti dengan acara penyampaian sumbangan derma. Acara diteruskan dengan berbuka puasa dan diakhiri dengan solat Maghrib berjemaah.
Majlis ini dianjurkan sebagai salah satu aktiviti kemasyarakatan dalam meningkatkan sikap keprihatinan dan pemedulian warga TDDB terhadap anak-anak yatim dan anak-anak istimewa. Antara lain, tujuan majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan silaturahim antara anggota TDDB dan keluarga anak-anak yatim serta anak-anak istimewa yang diraikan. Dengan itu, TDDB akan sentiasa mempunyai komitmen dan sikap pemedulian yang berterusan untuk memantau kegiatan amal kebajikan terhadap anak-anak yatim dan anak-anak istimewa TDDB.