
LUMUT CAMP, Friday, 23 April 2021 - Third Battalion of the Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) held an Iftar event with the former Commanding Officers (CO) and former Regiment Sergeant Majors (RSM) that took place at Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp.
Present among the invited guests at the event was Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Mohd Tawih Bin Abdullah.
Upon arrival, the former COs and RSMs were invited to the signing of parchment and a group photo session. The ceremony began with the recitation of Surah Yassin and Tahlil led by Sergeant Harun Al Rashid Bin Haji Harun from the Religious Department of the Royal Brunei Armed Forces (JAMA’AT), followed by light refreshments for Iftar and mass Fardhu Maghrib Prayer.
The event preceded to the dining hall of 3Bn RBLF for dinner with the Officers and personnel of 3Bn RBLF. The event continued with the mass Fardhu Isya ’Prayer, Sunat Terawih and Witir Prayer and concluded with Tadarus Al-Quran.
This event is an annual activity for 3Bn RBLF which is usually carried out during the month of Ramadhan. It aims to appreciate and commemorate the services rendered by the former COs and RSMs as well as to strengthen the bond with the personnel of 3Bn RBLF.


BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS BERSUNGKAI BERSAMA MANTAN- MANTAN PEGAWAI PEMERINTAH DAN SARJAN MEJAR REJIMEN
PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat, 23 April 2021 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Bersungkai bersama mantan-mantan Pegawai Pemerintah (Peg Pem) dan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) bertempat di Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut.
Di antara jemputan khas yang hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar General (B) Dato Paduka Seri Mohd Tawih Bin Abdullah.
Sejurus ketibaan, mantan-mantan Peg Pem dan SMR dijemput untuk menandatangani lembaran kenangan dan bergambar ramai. Majlis seterusnya dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil yang diketuai oleh Sarjan Harun Al Rashid bin Haji Harun, anggota Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT), disambung dengan menikmati juadah sungkai ringan dan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah.
Majlis kemudiannya bergerak ke dewan makan 3Bn TDDB bagi jamuan makan malam bersama dengan Pegawai-pegawai dan anggota 3Bn TDDB. Majlis diteruskan lagi dengan Solat Fardhu Isya’ dan Solat Sunat Terawih serta Witir berjemaah dan diakhiri dengan Tadarus Al-Quran.
Majlis ini merupakan aktiviti tahunan 3Bn TDDB yang lazim dilaksanakan pada setiap bulan Ramadhan. Antara objektif majlis ini dilaksanakan adalah sebagai penghargaan dan memperingati jasa bakti bagi mantan-mantan Peg Pem dan RSM yang terdahulu selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama dengan anggota 3Bn TDDB.