
KUALA BELAIT, Friday, 16 April 2021 - Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) in collaboration with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Department has organised the Ihya Ramadhan and outreach Programme to Balai Ibadat Kampong Merangking and Balai Ibadat Kampong Melilas, Belait District.
Present at the programme were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, The Minister of Defence II, Commander of RBAF, Permanent Secretary, Commander of RBLF, Deputy Permanent Secretaries, Senior Officers and Officers from both Ministry of Defence (MINDEF) and RBAF.
The programme began with Mass Asar Prayer at Balai Ibadat Kampong Merangking with the Imam, Bilal and the residents of Kampong Merangking. The programme continued with an interactive session followed by a group photo session with the residents of Kampong Merangking.
The entourage proceeded to Balai Ibadat Kampong Melilas where the programme commenced with the recitation of Surah Yassin and Tahlil followed by mass Maghrib prayers. The Minister of Defence II and entourage also had Iftar with the local residents at the Julangan Titah Rumah Panjang Melilas. The programme continued with the mass Fardhu Isya ‘Prayer, Sunat Terawih and Sunat Witir Prayer followed by Tadarus Al-Quran.
The religious programme serves to encourage religious activities and maximise good deeds to gain greater rewards especially in this month of Ramadhan. It also serves to further strengthen the bonds between the residents of Mukims and Villages in Belait District and RBLF personnel.



BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ANJURKAN AKTIVITI KEAGAMAAN BAGI MENTERI PERTAHANAN KEDUA
KUALA BELAIT, Jumaat, 16 April 2021 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) dengan kerjasama Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) telah menganjurkan Program Ihya Ramadan dan Program Jangkauan di Balai Ibadat Kampong Merangking dan Balai Ibadat Kampong Melilas, Daerah Belait.
Hadir pada program tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Setiausaha Tetap, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah di Balai Ibadat KampongMerangking bersama Imam, Bilal dan penduduk Kampong Merangking. Majlis kemudian beredar ke ruang legar balai ibadat untuk sesi beramah mesra bersama penduduk-penduduk Kampong Merangking dan diteruskan dengan sesi bergambar ramai.
Seterusnya, rombongan bergerak ke Balai Ibadat Kampong Melilas dan majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil diikuti dengan Sembahyang Fardhu Magrib berjemaah. Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua berserta rombongan melaksanakan iftar dan seterusnya bersungkai bersama penduduk Mukim Melilas bertempat di Julangan Titah Rumah Panjang Melilas. Majlis diteruskan lagi dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah, Solat Sunat Terawih dan Witir serta Tadarus Al-Quran.
Majlis keugamaan ini bertujuan untuk meningkatkan amalan dan ketakwaan demi meraih keberkatan terutama di bulan suci Ramadhan. Ia juga berperanan dalam mengukuhkan lagi ukhwah silaturrahim di antara anggota TDDB bersama penduduk mukim dan kampung di Daerah Belait.