BUKIT MENTIRI, Monday, 12 April 2021 – First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) held a handover ceremony to mark the completion of the rehabilitation of Bukit Mentiri Recreational Park.

The handover ceremony was attended by Major Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, Commanding Officer of 1Bn RBLF, Pengiran Haji Ismail Bin Pengiran Ibrahim/P.A.Rahim, Acting Penghulu of Mukim Mentiri and Awang Haji Bujang Bin Sabtu, Acting Kampong Mentiri Village Head.

The construction work that was carried out along the track and infrastructures at the Bukit Mentiri Recreational Park focused on the cleaning of the route track and its five main huts, the renovation of two wooden bridges, construction of one additional wooden bridge and one viewing platform, as well as repairs of public toilets, pathways and handrails along the track.

The rehabilitation project commenced on 10 February 2021 and was led by the B Company and Assault Pioneer Platoon, 1Bn RBLF in collaboration with Majlis Perundingan Mukim and Kampong Mentiri (MPMK). 

This charitable effort is one of RBLF social responsibilities in reaching out to the community and ensuring a safe recreational site for the public.

PENYERAHAN PROJEK PEMBERSIHAN DAN NAIK TARAF TAMAN RIADAH BUKIT MENTIRI

BUKIT MENTIRI, Isnin, 12 April 2021 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan majlis penyerahan bagi menandakan penamatan kerja-kerja pembersihan dan naik taraf Taman Riadah Bukit Mentiri.

Majlis penyerahan tersebut telah dihadiri oleh Mejar Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB, Pengiran Haji Ismail Bin Pengiran Ibrahim/P.A.Rahim, Pmk Penghulu Mukim Mentiri dan Awang Haji Bujang Bin Sabtu, Pmk Ketua Kampong Mentiri.

Kerja-kerja penaiktarafan yang dijalankan di Taman Riadah Bukit Mentiri ini termasuk pembersihan di kawasan trek-trek laluan pendakian bukit dan lima pondok utama, penaiktarafan dua jambatan, pembinaan satu jambatan tambahan dan satu pelantaran serta pembaikan tandas awam, ruang jalan kaki konkrit dan susur pemegang tangan di sepanjang trek-trek laluan taman tersebut.

Projek pembersihan dan naik taraf ini bermula pada 10 Februari 2021 dan telah dilaksanakan oleh Kompeni B dan Platun Rintis Serang, 1Bn TDDB dengan kolaborasi bersama Majlis Perundingan Mukim dan Kampong Mentiri (MPMK).

Usaha berkebajikan ini juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial TDDB bagi pendekatan kepada masyarakat serta memastikan tempat rekreasi yang selamat untuk orang ramai.