PASIR PUTIH BUKIT BERUANG, TUTONG, Wednesday, 07 April 2021 - Signal Squadron Combat Service Support Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) supported by the RBLF Battalion Signal Platoon has conducted Exercise GELOMBANG SEPADU Siri 1/2021. The exercise took place from 6 April 2021 until 7 April 2021. A total of 30 personnel under Signal RBLF were involved in the exercise.

Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Haji Abdul Mutalip bin Bujang, Commandant of CSS RBLF. The concept of the exercise was based on determining data using long-range communication at various areas in Brunei-Muara district, Tutong District and Belait District.

The exercise aims to assess the level of individual skills and ability to operate in groups amongst the RBLF signalers in performing their task and provide communication assistance for both RBLF and RBAF. The exercise also serves as preparation for the upcoming Exercise Hikmat Bersatu VI as well as to enhance the level of skills and development of capabilities that have been acquired, especially in the operational handling of the Falcon II & III Radios.

 

SKUADRON SEMBOYAN KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MELAKSANAKAN EKSESAIS GELOMBANG SEPADU SIRI 1/2021

PASIR PUTIH BUKIT BERUANG, TUTONG, RABU 07 APRIL 2021 – Skuadron Semboyan Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) dan dibantu oleh Platun Semboyan Batalion TDDB telah mengadakan Eksesais GELOMBANG SEPADU Siri 1/2021. Eksesais bermula pada 6 April 2021 hingga 7 April 2021. Seramai 30 anggota daripada Unit-unit Semboyan TDDB terlibat dalam Eksesais tersebut. 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah Leftenan Kolonel Haji Abdul Mutalip bin Bujang, Komandan KBK TDDB. Eksesais ini berkonsepkan perhubungan komunikasi radio jarak jauh dalam penggunaan data yang melibatkan di kawasan-kawasan Daerah Brunei Muara, Daerah Tutong dan Daerah Belait.

Eksesais tersebut bertujuan untuk menilai tahap kemahiran individu dan keupayaan beroperasi secara berkumpulan bagi anggota-anggota Semboyan TDDB dalam melaksanakan tugas serta memberikan bantuan perhubungan komunikasi di peringkat TDDB amnya dan ABDB khasnya. Ianya juga adalah sebagai persiapan bagi Eksesais Hikmat Bersatu VI yang akan dilaksanakan nanti dan meningkatkan tahap kemahiran dan perkembangan keupayaan unit-unit Semboyan TDDB dalam mengaplikasi keupayaan yang telah diperolehi khususnya di dalam pengendalian Radio Falcon II & III.