BERAKAS GARRISON, Tuesday, 23 March 2021- The Royal Brunei Land Force (RBLF) received a study visit from Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) ALAF Program held at Berakas Garrison. The visiting delegation comprised of 38 students ranging from Year 10 to Year 13 and 05 personnel of BIBD ALAF.

Upon the arrival at Dewan Pahlawan, the students were welcomed by Captain Dayangku Nurul Hazimah binti Pengiran Haji Abdul Ghani, Staff Officer Grade 2 Personnel, RBLF. A group photo session was held and followed by an introductory brief. The visit was then continued with a static display showcasing RBLF assets and equipment. The visit concluded with light refreshments at Dewan Pahlawan.  

The purpose of the visit is to educate the students on the roles and equipment of RBLF as part of the Co-curricular Activities BIBD ALAF School Holiday Program.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA PELAJAR PROGRAM BIBD ALAF KE PERKHEMAHAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Selasa, 23 Mac 2021 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menerima lawatan sambil belajar daripada pelajar Program BIBD ALAF di Berakas Garison pada pagi ini. Delegasi lawatan terdiri daripada 38 orang pelajar dan 05 kakitangan BIBD ALAF.

Ketibaan rombongan di Dewan Pahlawan disambut oleh Kapten Dayangku Nurul Hazimah binti Pengiran Haji Abdul Ghani, Timbalan Pegawai Turus Keanggotaan TDDB. Lawatan dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan diteruskan dengan penyampaian taklimat pengenalan TDDB. Program lawatan kemudian diteruskan dengan pameran statik di Dewan Gerak Badan Batalion Pertama yang mempamerkan aset-aset dan alat-alat kelengkapan yang terdapat di TDDB. Lawatan diakhiri dengan jamuan ringan di Dewan Pahlawan.

Lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar BIBD ALAF mengenai peranan dan aset – aset TDDB dan merupakan salah satu aktiviti daripada program aktiviti kokurikulum BIBD ALAF semasa cuti persekolahan.