BERAKAS GARRISON, Monday, 22 March 2021 – Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, the Commander of RBLF received a farewell call from Colonel Nopadej Pansri, the Defence Attaché of Thailand to Brunei Darussalam at RBLF Headquarters, Berakas Garrison.

During the call, both sides expressed their satisfaction on the close and long-standing relations between Brunei Darussalam and Thailand. Such long-standing commitment was fostered through a multitude of bilateral and multilateral engagements such as meetings, training, courses and visits. Both parties agreed to widen efforts and initiatives to continue such commitments despite the current pandemic situation.

The Commander of RBLF also extended his utmost appreciation for the continuous support from Thailand and assistance provided by Colonel Nopadej Pansri during his tenure as Defence Attaché in Brunei Darussalam.

 

PEMERINTAH TDDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA ATASE PERTAHANAN THAILAND YANG LAMA 

BERAKAS GARISON, Isnin, 22 Mac 2021 – Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB menerima kunjungan perpisahan daripada Kolonel Nopadej Pansri, Atase Pertahanan Thailand ke Negara Brunei Darussalam yang lama bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison. 

Semasa kunjungan tersebut, kedua belah pihak menyatakan rasa berpuas hati terhadap jalinan hubungan pertahanan yang akrab dan kukuh di antara Negara Brunei Darussalam dan Thailand. Komitmen di antara kedua belah pihak telah lama dipupuk melalui kerjasama dua hala seperti mesyuarat, latihan, kursus dan lawatan. Kedua belah pihak juga bersetuju untuk sama-sama mengembang luaskan lagi inisiatif demi meneruskan komitmen tersebut walaupun dengan keadaan situasi pandemik yang ada pada masa ini. 

Pemerintah TDDB juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan yang berterusan daripada Thailand dan jasa baik yang telah diberikan oleh Kolonel Nopadej Pansri semasa beliau berkhidmat sebagai Atase Pertahanan ke Negara Brunei Darussalam.