BANGAR CAMP, Friday, 05 March 2021 – Rehlah Dakwah Program was held by The Religious Department of the Royal Brunei Armed Forces (JAMA’AT, RBAF) for two days, from 05 March 2021 to 06 March 2021, at Surau Al-Quwwah, Bangar Camp.

Present during the program were Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Head of the JAMA’AT RBAF, officers and personnel of the JAMA’AT RBAF and E Company, 1Bn RBLF. This is the third time the program was conducted after the first program on 22nd January 2021 at 3Bn RBLF.

The program was held with the purpose of enlivening the practice of the sunnah of Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam in a daily routine beside to support the intent of KDYMM to make the mosque/surau as knowledge and faith centre.




PROGRAM REHLAH DAKWAH JABATAN AGAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BAGI KOMPENI E 1BN RBLF

PERKHEMAHAN BANGAR, Juma’at, 05 Mac 2021 – Program keagamaan dinamakan Program Rehlah Dakwah telah diadakan oleh Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT ABDB) yang telah diadakan selama 2 hari bermula 05 Mac 2021 hingga 06 Mac 2021 di Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar. 

Hadir semasa program dijalankan ialah Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Ketua JAMA’AT ABDB, Pegawai-pegawai serta anggota-anggota JAMA’AT ABDB dan Kompeni E, 1Bn TDDB. Ini adalah merupakan kali ketiga program ini diadakan setelah program yang pertama kalinya dibuat pada 22 Januari 2021 yang bertempat di 3Bn TDDB.

Program tersebut adalah bertujuan menghidupkan pengamalan sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dalam kehidupan seharian disamping menyokong hasrat KDYMM dalam menjadikan masjid/surau sebagai pusat ilmu dan iman.