BRUNEI MUARA, Thursday, 04 March 2021  - In conjunction with the 41st Anniversary of Land Engineering, CSS, RBLF, a Religious Activity and the reciting of Surah Yaasin and Tahlil at Muslim Cemeteries has been held to appreciate the late members of the organisation. 

About 80 personnel from the Land Engineering Headquarters, Bolkiah Workshop, and Penanjong Workshop were involved in carrying out the activities today. Also present at the respective cemeteries are the families of the late personnel. The event began with a cleaning campaign followed by the recitation of Surah Yaasin and Tahlil, and concluded with the presentation of donations to the family members. The activities were carried out simultaneously at Kampong Kiarong Cemetery, Kampong Lumapas Cemetery, Kampong Jerudong Cemetery, and Kampong Lubok Pulau Cemetery. This annual program was scheduled to further enhance the spiritual values and further strengthen the relationship among members of the Land Engineering

ANGGOTA KEJURUTERAAN DARAT MENGADAKAN AKTIVITI KEAGAMAAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM

BRUNEI MUARA, Khamis, 04 Mac 2021 - Bersempena memperingati Sambutan Hari Ulang Tahun Kejuruteraan Darat, KBK, TDDB yang ke 41 tahun, Kempen Amal telah diadakan di beberapa Tanah Perkuburan Islam sebagai memperingati dan menghargai mantan anggota-anggota Kejuruteraan Darat yang telah Kembali ke Rahmatullah.

Lebih kurang 80 orang anggota dari Markas Kejuruteraan Darat, Bolkiah Woksyop dan Penanjong Woksyop terlibat dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Aktiviti juga disertai oleh ahli keluarga anggota Kejuruteraan Darat yang telah kembali ke Rahmatullah. Aktiviti dimulakan dengan kempen membersihkan persekitaran tanah perkuburan seterusnya diikuti dengan membaca Surah Yaasin dan Tahlil. Majlis diakhiri dengan penyerahan sumbangan derma ikhlas dari warga Kejuruteraan Darat kepada keluarga mantan anggota-anggota Kejuruteraan Darat. Aktiviti ini telah dilaksanakan secara serentak di Tanah Perkuburan Kampong Kiarong, Tanah Perkuburan Kampong Lumapas, Tanah Perkuburan Kampong Jerudong dan Tanah Perkuburan Kampong Lubok Pulau. 

Aktiviti ini merupakan salah satu kegiatan tahunan yang bertujuan bagi meningkatkan lagi nilai-nilai kerohanian serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan anggota Kejuruteraan Darat.