BERAKAS GARISSON, Tuesday, 02 February 2021 – A promotion ceremony for CSS RBLF’s Senior Non-Commissioned Officers (SNCO) took place at WO, SSgts and Sgt’s Mess Berakas Garrison. Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel Haji Abdul Mutalip bin Bujang, Commandant of the CSS RBLF.

The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah followed by the rank presentation and the recital of doa selamat. A total of 14 Senior NCOs were promoted. The newly promoted SNCOs are expected to commit and to be accountable in carrying out their duties. They must instill within them that these new appointments come with its own responsibility in line with the purpose of the organisation.

The promotion ceremony was held to celebrate the personnel who have been promoted as well as to show appreciation and to encourage the personnel to continue their service with sincerity and dedication. The ceremony concluded with a photo session and signing of parchment.



MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

Berakas Garison, Selasa, 02 Februari 2021 –KBK TDDB telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan bertempat di Mes PW, SSjn & Sjn Berakas Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Abdul Mutalip bin Bujang, Komandan KBK TDDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan penyampaian pangkat serta bacaan doa selamat. Seramai 14 orang PTB Kanan telah dinaikan pangkat. Dengan kenaikan pangkat ini diharap semua anggota akan lebih komited dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka. Mereka juga perlu menanamkan dalam diri masing-masing bahawa pelantikan baru ini perlulah dipikul dengan penuh tanggungjawab selaras dengan hala tuju organisasi.

Majlis kenaikan ini bertujuan untuk meraikan anggota-anggota yang telah dinaikkan pangkat dan sebagai penghargaan serta menggalakkan anggota-anggota yang diraikan untuk meneruskan perkhidmatan mereka dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Acara diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan menandatangani lembaran kenangan.